PROGRAM WACANA HADIS USIM- KEMENTERIAN DALAM NEGERI (KDN)
20 September 2022 | 23 Safar 1444H (Selasa)
Kementerian Dalam Negeri dengan kerjasama Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah (FPQS), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah mengadakan program Wacana Hadis yang bertempat di Dewan Kuliah Utama FPQS.
.
Seramai 2 wakil FPQS yang memberi taklimat dalam proram wacana ini iaitu Prof Dr. Mohd Fauzi Mohd Amin dan Dr. Zulhilmi Mohamed Nor. Di akhir program ini terdapat pelbagai pameran barangan yang telah dirampas oleh pihak KDN yang menggambarkan ketidakhormatan terhadap ayat-ayat al-Quran dan HAdis. Program ini diakhiri dengan ucapan Timbalan Dekan Inovasi dan Penyelidikan FPQS iaitu Prof Madya Dr. Ahmad Sanusi Azmi. Majlis bermula sekitar jam 9.00 pagi dan diakhiri pada pukul 12.00 tengah hari.